Thursday 13 December 2012

Rancangan Pengajaran Harian

Soalan Latihan

Latihan Adab Menghidang Makanan Dan Minuman
Info Adab Menghidang Makanan Dan Minuman
Halal Lagi Baik

Sunday 9 December 2012

Hayatilah .......siapa kita.

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979) 
 BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
 Pelita dan lampu segala
 Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
 Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
 Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
 Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
 Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
 Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
 Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
 guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
 Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 USMAN AWANG 1979

TIP` PANJANG' UMUR


TIP `PANJANG UMUR’
Sesiapa yang mahu umurnya `panjang ‘ maka hendaklah:
.*Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu dan sampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada orang lain, secara  
    lisan atau tulisan.
*Banyakkan sedekah jariah iaitu bentuk sedekah yang orang lain boleh manfaatkan untuk tempoh yang
   panjang untuk kerja membina atau membaiki sekolah, madrasah, masjid, jambatan, jalan, tandas  
   awam dan seumpamanya.
*Didik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Dengan kesolehan mereka,Insya-Allah mereka akan selalu
   berdoa untuk kedua-dua orang tua mereka.Mereka juga akan rajin menyedekahkan pahala amalan
    kepada orang tua yang sudah meninggal.

HALALAN TOYYIBA


HALAL LAGI BAIK 
Antara makanan halal, ada juga tidak baik.
Umat Islam sedia maklum mengenai kepentingan mencari makanan yang halal,tetapi malangnya kebanyakannya kurang ilmu mengenai pemilihan makanan yang baik.Dr. Mahathir Mohamed berkata,antara pemakanan yang ditekankan dalam islam ialah ‘halal lagi baik’ (halalan toyyiba) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.
Ujar beliau lagi, antara makanan yang halal itu ada juga yang tidak baik seperti makanan ringan, makanan yang berlemak dan manis. “Makanan ini bila dimakan dengan banyak, ia boleh memudaratkan. Jadi, kita perlu memastikan makanan yang dimakan bukan sahaja halal, malah baik. Begitu juga pada bulan Ramadhan, kita perlu memilih pilihan makanan yang berzat,” jelas beliau.
Makanan berzat mengandungi:
PROTEIN
Punca-punca protein yang dibenarkan ialah:
*Ayam tanpa kulit,bahagian dada
*daging lembu kurang lemak
*ikan
*udang
*ketam
*telur (I biji penuh dan 2 biji lagi bahagian putih telur untuk 1 hidangan)
KARBOHIDRAT
Karbohidrat terbahagi kepada dua iaitu:
1.Karbohidrat simple atau mudah dihadam:
Gula serta makanan yang berkanji seperti nasi,roti dan tepung.
Makanan-makanan sebegini perlu dihadkan dan jika dimakan terlalu banyak,paras gula dalam badan kita akan naik mendadak.
2.Karbohidrat kompleks: sayur dan buah-buahan termasuk buah kurma.
LEMAK
Punca-punca lemak yang dibenarkan ialah seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara kerana ia merendahkan kolesterolyang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.Elakkan dari memilih makanan yang digoreng sepenuhnya atau yang terendam di dalam minyak terlalu lama.
Makanlah makanan yang baik demi kesihatan yang berpanjangan untuk beribadat

Piramid Makanan Malaysia

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .


Apakah yang membentuk satu sajian?

Jenis Makanan
Satu Sajian
  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • E.g. : Rice, bread, cereal, noodles, yam, potato
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim
Sayur-sayuran
  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia
Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.
Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.
Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.
Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.
Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
  • Kalori.
  • Lemak.
  • Kolesterol.
  • Natrium.
  • Protein.
Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.
Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

Sumber artikel: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

Wednesday 5 December 2012

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.
 (Sayidina Umar bin Al-Khattab)

Madah Pujangga

“Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita Cuma ada satu persinggahan.”

Sifat Mahmudah(Hijaz)