HALAL LAGI BAIK
Antara
makanan halal, ada juga tidak baik.
Umat Islam
sedia maklum mengenai kepentingan mencari makanan yang halal,tetapi malangnya
kebanyakannya kurang ilmu mengenai pemilihan makanan yang baik.Dr. Mahathir
Mohamed berkata,antara pemakanan yang ditekankan dalam islam ialah ‘halal lagi
baik’ (halalan toyyiba) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
168 yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.
Ujar beliau
lagi, antara makanan yang halal itu ada juga yang tidak baik seperti makanan
ringan, makanan yang berlemak dan manis. “Makanan ini bila dimakan dengan
banyak, ia boleh memudaratkan. Jadi, kita perlu memastikan makanan yang dimakan
bukan sahaja halal, malah baik. Begitu juga pada bulan Ramadhan, kita perlu
memilih pilihan makanan yang berzat,” jelas beliau.
Makanan berzat mengandungi:
PROTEIN
Punca-punca protein
yang dibenarkan ialah:
*Ayam tanpa
kulit,bahagian dada
*daging
lembu kurang lemak
*ikan
*udang
*ketam
*telur (I biji
penuh dan 2 biji lagi bahagian putih telur untuk 1 hidangan)
KARBOHIDRAT
Karbohidrat
terbahagi kepada dua iaitu:
1.Karbohidrat
simple atau mudah dihadam:
Gula serta
makanan yang berkanji seperti nasi,roti dan tepung.
Makanan-makanan
sebegini perlu dihadkan dan jika dimakan terlalu banyak,paras gula dalam badan kita
akan naik mendadak.
2.Karbohidrat
kompleks: sayur dan
buah-buahan termasuk buah kurma.
LEMAK
Punca-punca
lemak yang dibenarkan ialah seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara kerana
ia merendahkan kolesterolyang jahat dan meningkatkan kolesterol yang
baik.Elakkan dari memilih makanan yang digoreng sepenuhnya atau yang terendam
di dalam minyak terlalu lama.
Makanlah makanan yang baik demi kesihatan yang berpanjangan untuk beribadat
Makanlah makanan yang baik demi kesihatan yang berpanjangan untuk beribadat
No comments:
Post a Comment